Terdapat kepercayaan yang meluas sekali mengenai hantu dalam kebudayaan Tibet. Hantu secara tersiratnya diiktiraf kewujudannya dalam agama Buddha di negara Tibet. Kepercayaannya adalah sama dengan kepercayaan penganut agama Buddha di India. Hantu-hantu ini mengisi alam yang bertindan dengan alam manusia dan mereka selalu sekali muncul dalam lagenda tradisional. Apabila manusia itu meninggal dunia, selepas satu alam yang disebut sebagai antarabhava maka mereka pun akan memasuki alam hantu. Yidwag atau preta adalah hantu dalam kepercayaan Buddha yang dikatakan mempunyai tekak yang sempit dan perut yang besar. Hantu ini tidak akan dapat dipuaskan dengan bahan fizikal. Hantu boleh dibunuh dengan menikamnya dengan keris, diperangkap dalam perangkap roh dan dibakar. Perbuatan ini boleh melepaskan mereka dari alam sengsara hantu dan dijelmakan semula di alam lain. Hantu boleh dihalau dari satu kawasan ke satu kawasan. Setiap tahun perayaan diadakan di seluruh negara Tibet bagi menghalau hantu. Baca selanjutnya di sini.
Kredit Gambar: Tibetan Ghost Stories, Trace Foundation (2013)