Tradisi rohani dan yoga di seluruh dunia kebanyakannya adalah didasarkan kepada pernafasan. Kita perlu bernafas kerana pernafasan digunakan untuk menyingkirkan sisa-sisa metabolisme dan meneruskan hidup. Selain itu, pernafasan juga berkait rapat dengan tenaga halus. Selama beribu-ribu tahun, para yogi dan yogini berusaha mencapai tenaga, merenung diri dan mendapatkan pengetahuan dengan menggunakan pernafasan sebagai wahana.
Salah satu daripada tradisi yang tidak dikenali namun berguna ini datang dari orang asli di pergunungan Tibet yang dikenali sebagai orang Bonpo. Ia dikenali dalam bahasa Tibet sebagai Tsalung Trulkhor atau Vayu-adhisara dalam bahasa Sanskrit. Walaupun masyarakat Bon berkongsi banyak amalan dan persamaan dengan penganut ajaran Buddha Tantrayana, namun asal-usul amalan mereka itu didasarkan kepada amalan kepawangan Tenpa Shenrap iaitu seorang makhluk yang dicerahi lama sebelum kemunculan baginda Buddha Sakyamuni.
Dalam tradisi ini, tubuh, ucapan, pernafasan dan minda digelar sebagai pintu-pintu untuk menuju kepada pencerahan. Amalan memerhatikan pernafasan dan pergerakan tubuh melalui latihan Tsa Lung ini membolehkan kita masuk ke pintu-pintu tersebut dengan sekaligus. Ia membolehkan kita menghapuskan halangan dan memberikan kejelasan dalam samadhi kita. Baca lanjut di sini.
Rujukan
- Rob Patzig, Tsa Lung: Ancient Breathing and Movement Practices for Healing and Awakening, Kripalu (online)