Trulkhor ini datang dari tradisi Bon berdasarkan kepada dua salasilah yang diturunkan secara lisan iaitu:
- Zhang Zhung Nyen Gyu, tradisi ini direkodkan secara bertulis sekitar abad ke-8 sehingga ke-12 masihi.
- A-Tri, tradisi ini sudah direkodkan menjelang abad ke-11 masihi.
Tradisi-tradisi ini masih lagi diamalkan dan masih hidup. Ia boleh dipelajari oleh orang ramai yang berminat.
Konteks keagamaan dalam amalan ini bergantung kepada matlamat seseorang. Jika matlamat seseorang itu adalah untuk mencapai pencerahan maka konteks keagamaan itu menjadi penting sedangkan jika ia hanya diamalkan untuk kesihatan maka tiada sebarang konteks keagamaan. Tujuan utama bagi amalan ini adalah untuk menggunakan tubuh dan tenaga dalam tubuh sebagai penyokong kepada keseimbangan kesedaran advaita pengamal rigpa.
Amalan yang diperturun oleh guru-guru juga pelbagai dan mengikut teks sastera yang ada. Jika teks tersebut sama, maka mungkin terdapat sedikit perbezaan. Namun, kandungan sebenarnya adalah sama sahaja. Selain itu, terdapat juga pendekatan keagamaan dan pendekatan orang awam.
Yoga-yoga ini tidak diajarkan secara terbuka. Jika dilihat kepada kurikulum amalan tubuh-akal Tibet di biara dan yang diamalkan oleh para yogi, amalan ini sebenarnya akan diajarkan dalam pengajian tahap maju. Ajaran ini selalunya diletakkan di pengakhiran kitab arahan semadhi. Namkhai Norbu Rinpoche mengikut amalan Trulkhor Vairochana Penyatuan Surya dan Chandra. Selepas itu, beliau menulis sebuah kitab berjudul Yantra Yoga.
Guru-guru amalan jasmani Tibet di Barat termasuklah Khenpo Tsultrim Gyamtso yang mengajari amalan awam dan amalan maju dan Lama Norlha dari biara Kagyu Thubten Choling. Di biara tersebut, amalan Trulkhor diajarkan sebagai sebahagian daripada amalan dalam pertapaan selama tiga tahun. Sesetengah guru pakar dalam amalan ini mula mengajari orang ramai dengan pemantauan yang ketat. Guru-guru lain masih lagi menjaga rahsia amalan Trulkhor tahap tinggi. Tenzin Wangyal Rinpoche mendasarkan buah fikiran bagi amalan Tsalung yang diajarinya kepada Induk Tantra dan Trulkhor kepada tradisi lisan Zhang Zhung. Kita boleh mendapat penjelasan yang baik mengenai akar Trulkhor dalam bukunya, Tibetan Yogas of Body Spech and Mind. Beliau menyatakan bahawa, "Trulkhor ini adalah amalan harian terbaik, khususnya bagi mengawal dan menguruskan tekanan dalam kehidupan masyarakat moden. Ia mempunya kuasa untuk menyeimbangkan tenaga akal dan tubuh dan membantu dalam menyokong amalan samadhi.
Seseorang yang mengamalkan Tsalung dan Trulkhor ini boleh sahaja melakukan perkara yang diingini olehnya. Namun secara tradisinya kita tidak mencampurkan amalan contohnya amalan pranayama dari guru Hindu dengan amalan Qigong dari guru Cina. Kemudian, kita mengamalkan pula Tsalung dari Tibet. Kita akan mencacamarbakan amalan kita.
Tsalung dan Trulkhor boleh diamalkan bergantung kepada kemampuan kita sendiri. Ia juga boleh dilakukan mengikut kesempatan masa yang ada. Tahapnya adalah seperti berikut:
- Permulaan, penuh kesedaran menumpukan pemikiran dan mempelajari pergerakan Tsalung.
- Pertengahan, memahami tubuh halus dan memperdalam amalan pemurnian pernafasan serta lain-lain semasa membuat pergerakan dan selepas samadhi.
- Maju, memelihara tumpuan dan berhubung dengan diri sendiri serta orang lain semasa membuat pergerakan serta selepas samadhi.
Pergerakan Taslung sebenarnya hanya melibatkan langkah-langkah yang ringkas sahaja. Jika kita mempunyai masalah kesihatan maka kita boleh menyesuaikannya dengan tahap kesihatan kita. Sebagai contoh, jika seseorang itu baru saja menjalankan masectomy dan menjalankan pergerakan tangan, walaupun ia membantu proses penyembuhan namun orang itu masih lagi perlu menjalankan pergerakan secara perlahan dan berhati-hati. Selain itu, proses menahan nafas perlu dilakukan dengan hati-hati terutamanya bagi mereka yang mempunyai darah tinggi yang tidak dirawat atau sedang mengandung bagi wanita. Semua orang boleh mengamalkannya mengikut tahap serta kemampuan masing-masing.
Yoga Tibet sebenarnya tidak menggunapakai banyak pergerakan fizikal. Ia lebih menumpukan kepada pemikiran atau minda. Amalan bersifat fizikal pun dijalankan dengan tujuan untuk meregangkan keadaan fizikal yang tegang atau untuk membolehkan seseorang itu duduk dengan selesa. Dalam pergerakan Trulkhor, keseluruhan motif bagi asana dan lompatannya adalah melibatkan duduk. Ia tidak melibatkan langkah pergerakan. Tubuh duduk, ucapan dan akal.
Baru-baru ini orang Barat berminat untuk menerima ajaran dari guru-guru Tibet yang memperkembang akal fikiran. Mereka baru sahaja menyedari bahawa mereka berminat dengan amalan pergerakan yoga fizikal dari Tibet. Ramai orang mengetahui kaedah pengamalan Tsalung namun tidak ramai yang tahu mengamalkan putaran Trulkhor sambil memelihara semangat amalan tersebut walaupun apabila menjalankan Tsalung.
Rujukan