Rabu, 25 November 2020

Penyakit Mental dan Fizikal Boleh disebabkan oleh Semangat

 

Dari pandangan ajaran Buddha, terdapat beberapa kewujudan alam di dunia ini iaitu dari alam neraka, alam hantu lapar, alam haiwan, alam manusia, alam separa dewa sehingga ke alam dewa-dewa. Semangat atau pun roh pula terperangkap dalam bentuk halus di alam-alam yang rendah.

Kita menjelma sebagai manusia namun terdapat juga makhluk lain yang berada dekat dengan kita kerana perhubungan karma kita dengan mereka. Bergantung kepada elemen persekitaran, beberapa kelompok semangat itu boleh tertarik kepada tempat yang tertentu. Sesetengah semangat ini menerima makanan melalui bau. Sesetengah lagi memakan daging atau darah bergantung kepada sifat mereka.

Terdapat semangat yang bersifat baik dan bersifat jahat. Kebanyakan semangat yang dijinakkan adalah semangat yang bersifat baik dan boleh menjalankan tugasan sebagai penjaga atau penolong. Pelindung dharma melatih mereka seperti seorang guru melatih anak muridnya. Mereka menjinakkan semangat-semangat dan membantu kesedaran-kesedaran tersebut berkembang dalam ragam hakikat mereka bagi mencapai kelahiran semula dalam bentuk manusia. Baca soal dan jawab mengenai hal ini di sini.

Dalam perubatan Tibet, penting sekali untuk kita berurusan dengan tenaga dalaman. Masyarakat perubatan Tibet telah memperkembang satu sistem untuk berurusan dengan hal ini. Mereka mengkaji anatomi, fizikal, semangat atau roh, astrologi dan tantra. Planet dan elemen-elemen alam memberikan maklum balas mengenai masa yang sesuai untuk menjalankan sesuatu pemujaan. Apabila kita mengenali seseorang maka kita boleh melihat pemujaan mana yang bersesuaian dengannya. Semua ini dijalankan dengan pengiraan.

Gambar: Semangat Nam-khyi Nag-po dari papan tekap Vaidurya Dkar-po (1685)