Bahasa Tibet Balti

Bahasa Tibet Balti adalah sejenis bahasa Tibet yang dituturkan oleh penduduk di wilayah Baltistan di rantau Gilgit-Baltistan, Pakistan dan di daerah Leh di Lembah Nubra serta di daerah Kargil di Ladakh, India. Bahasa Balti berbeza daripada bahasa Tibet Lhasa. Hal ini kerana banyak bunyi dari bahasa Tibet Lama yang sudah pupus dalam bahasa Tibet Lhasa masih lagi kekal dalam bahasa Tibet Balti. Bahasa Tibet Balti mempunyai sistem tekanan nada yang ringkas dalam perkataan pelbagai suku kata manakala bahasa Tibet Lhasa pula mempunyai sistem yang rumit termasuklah jalur nada.

Demografi dan Taburan

Bahasa Tibet Balti dituturkan di seluruh Baltistan dan di utara Pakistan. Terdapat juga penutur bahasa ini di India Utara terutamanya di Ladakh dan di Jammu Kashmir. Kononnya dialek Purgi dan Suru-Kartse juga tergolong dalam kelompok bahasa Tibet Balti. Walau bagaimanapun, bahasa Tibet Balti dituturkan oleh orang ramai di Baltistan, daerah utara India seperti di Dehradun, Masoorie, Kalsigate, Chakrotta dan Ambadi di Uttarakhand, daerah Ramban di Jammu, Hariparbat, Dalgate dan Tral di Kashmir. Di daerah berkembar Ladakh seperti Kargil dan Leh, bahasa ini dituturkan di kota Kargil dan kampung sekelilingnya seperti di Hardass, Lato, Karkitchhoo dan Balti Bazar. Di Leh pula ia dituturkan di Turtuk, Bogdang, Tyakshi, kota Leh dan kampung yang berdekatan.

Di kawasan hulu pula orang Shina masih lagi bertutur dalam bahasa mereka sendiri. Tidak ramai yang mahir dalam bahasa Shina. Selain itu, orang Shina sendiri meminjam banyak perkataan dari bahasa Tibet Balti kerana bahasa Tibet Balti adalah bahasa kaum majoriti di situ.

Contoh perkataan dari bahasa Tibet Baltistan adalah seperti berikut: