Ajaran Buddha yang diamalkan di negara Tibet mempunyai doktrin dan institusi yang berkaitan dengan kebudayaan di rantau Tibet itu sendiri, di Kerajaan Bhutan, Tuva, Mongolia, Kalmykia dan rantau Himalaya yang meliputi rantau dalam negara Nepal, Pakistan dan India.
Ajaran Buddha diterima menjadi agama rasmi di Kerajaan Bhutan. Ia juga diamalkan di beberapa bahagian Russia seperti di Kalmykia, Buryatia dan Tuva. Selain daripada itu ia turut diamalkan di timur laut Republik Rakyat China. Sastera keagamaan ajaran Buddha serta ulasan-ulasannya dikumpulkan menjadi Kanun Buddha Tibet dan bahasa Tibet digunakan sebagai wahana penyampaian ajaran spiritual di rantau-rantau seperti di atas.
Di samping itu, diaspora pelarian Tibet yang berada di luar negara turut menyebarkan ajaran Buddha terutamanya di negara-negara Barat. Tradisi ajaran Buddha dari Tibet ini turut mendapat perhatian orang Barat. Antara penyebar ajaran Buddha dari rantau Tibet ini adalah seperti Dalai Lama ke-14 iaitu Tenzin Zatso dari aliran Gelugpa. Jumlah pengikut ajaran Buddha tradisi dari Tibet ini dianggarkan berjumlah sekitar antara 10 ke 20 juta orang.
Isi Kandungan
- Pencerahan
- Kaedah-Kaedah Umum untuk Amalan
- Perkembangan Ciri-Ciri Tempatan
- Pengajian Sistem-Sistem Dasar Ajaran
- Cabang-Cabang Aliran
- Kebiaraan
- Buddhisme Tradisi Tibet di Dunia Kontemporari
- Glosari Istilah-Istilah Umum