Kaedah-Kaedah Umum untuk Amalan

Penyebaran dan Kesedaran

Wujud sejarah lama bagi tradisi lisan untuk pengajaran ajaran Buddha di Tibet. Penyebaran secara lisan menerusi pemegang silsilah secara tradisi boleh berlaku dalam kumpulan-kumpulan kecil atau perhimpunan ceramah. Boleh jadi sesaat jika melibatkan mantra atau mungkin berbulan-bulan jika melibatkan kanun-kanun Buddha.

Penyebaran boleh juga terjadi tanpa mendengar, contohnya seperti penglihatan rupa Maitreya oleh Asanga. Penekanan terhadap pemindahan tradisi lisan lebih penting berbanding perkataan bertulis terbit dari zaman awal Hindu Buddha yang melarang orang awam mendengar ajaran-ajaran tertentu. Mendengar ajaran menjadi tapak bagi kesedaran yang didasarkan kepadanya. Si penyebar mestilah mendengar ajaran dari silsilah yang tidak terputus sehingga ke penyampai ajaran awal, iaitu baginda Buddha bagi sutra-sutra atau kitab-kitab tertentu.

Mendengar ajaran menjadi bentuk silsilah penyebaran dan pemindahan yang terpenting serta asli. Keaslian silsilah lisan menjadi pra-syarat untuk kesedaran.

Pertapaan Penelitian dan Pertapaan Pembaikan Jiwa

Kesedaran spontan mengenai asas penyebaran itu adalah mungkin namun jarang berlaku. Umumnya, tahap pertengahan diperlukan dalam bentuk pertapaan jenis penelitian. Contohnya, bertafakur selepas mendengar ajaran. Sebagai sebahagian daripada proses ini, melayan keraguan dan terlibat dengan debat untuk mengatasinya digalakkan dalam sesetengah tradisi.

Pertapaan jenis penelitian cuma merupakan salah satu daripada dua jenis pertapaan. Apabila ia mencapai ciri-ciri kesedaran, seseorang itu digalakkan untuk bertukar ke pertapaan jenis tumpuan atau jenis perbaikan. Ketika ini, minda ditetapkan pada kesedaran itu untuk tempoh yang cukup lama untuk menyesuaikan sedikit demi sedikit.

Kemampuan seseorang itu untuk menjalani pertapaan jenis penelitian boleh dilatih menerusi logik. Kemampuan untuk mencapai jaya dalam pertapaan bertumpu pula boleh dilatih menerusi bertenang. Rutin pertapaan ini boleh melibatkan sesi-sesi silih berganti antara penelitian jiwa untuk mencapai tahap kesedaran mendalam dan tumpuan jiwa untuk membentengi kesedaran. Kesedaran mendalam yang tertinggi sekali adalah menjadi seorang cerah jiwanya.

Kebaktian kepada Guru

Seperti tradisi-tradisi Buddha di rantau lain, sikap menghormati guru dipandang sangat penting. Pada permulaan memberi ajaran kepada orang awam, seorang lama (guru) itu sendiri akan sujud depan singgahsana tempat dia akan memberi ceramah sebagai tanda hormat kepada guru agung, atau sujud depan rupa Buddha yang diletak di belakang singgahsana tersebut. Selepas lama itu duduk di situ, baru murid-murid dan pendengar pun sujud hormat.

Pahala dikumpul apabila perhubungan seseorang itu dengan guru diikuti oleh kebaktian, amalan yang muncul dari sumber-sumber Hindu. Pahala terkumpul menerusi amalan menjaga ketenangan minda gurunya dan ikhlas hati mengikut segala ajarannya, serta pahala terkumpul itu boleh membantu peningkatan amalannya.

Umumnya, semua guru Buddha pun digelar sebagai lama. Seseorang murid itu boleh mendengar dan mengumpul ajaran dari pelbagai guru serta menghormati mereka semua. Namun, dia pun mesti juga mempunyai guru yang muncul dari salasilah perguruannya yang khusus dan digalakkan menyusun mereka mengikut susunan tersendiri pada pandangannya dengan guru salasilahnya itu dipandang lebih tinggi kedudukannya.

Biasanya guru pemula salasilahnya itu adalah guru yang mula-mula sekali membawanya ke lingkungan ajaran Buddha. Murid boleh mengubah pandangan peribadinya mengenai siapakah guru yang mula-mula membawanya ke lingkungan ajaran Buddha sebanyak mana pun yang dirasakan perlu.

Sikap Skeptik

Sikap skeptik merupakan aspek terpenting dalam ajaran Buddha. Sikap skeptik kritikal digalakkan untuk mencambahkan kemampuan tapa jenis penelitian. Demi menguji doktrin-doktrin Buddha, sikap skeptik digunakan iaitu memetik sutra sehingga menyebabkan seseorang itu terpaksa menguji kata-kata Buddha seperti meneliti kualiti logam emas.

Prinsip-prinsip berlawanan seperti sikap skeptik dan sikap kebaktian digabungkan demi untuk menghalusi ajaran guru-guru dengan lebih teliti sebelum mengikut mereka tanpa memilih kasih. Seorang pengikut ajaran Buddha boleh mempelajari dharma dengan seorang lama untuk beberapa dasawarsa sebelum menerimanya menjadi gurunya.

Amalan-Amalan Permulaan dan Pendekatan terhadap Vajrayāna

Vajrayāna dipercayai sebagai kaedah terpantas untuk mencapai pencerahan, namun ia boleh jadi merbahaya bagi pengamal yang tidak berkelayakan. Untuk melibatkan diri, seseorang itu mesti menerima śaktipat atau penguasaan dari seorang lama yang bertauliah. Selepas menerima penguasaan, seseorang itu mesti menjalani guru-bhakti.