Di Tibet, ajaran Buddha diajarkan dengan tiga wahana iaitu:
- Hinayāna
- Mahāyāna
- Vajrayāna
Matlamat saluran Mahāyāna dari segi perkembangan rohani adalah untuk mencapai pencerahan yang bertujuan untuk memberi bantuan kepada sesama makhluk berhati nurani untuk sama-sama mencapai tahap ini.
Motivasi dalamnya adalah bodhicitta atau minda pencerahan yang merupakan niat yang berteraskan sikap tidak mementingkan diri sendiri dalam mencapai pencerahan rohani bagi kebaikan semua makhluk berhati nurani lain. Para Bodhisattva merupakan makhluk-makhluk yang menanam kehendak dan ikrar di hati untuk berkhidmat sepanjang hidup mereka dengan bermotivasikan bodhicitta demi kebaikan makhluk-makhluk lain. Buddhisme di Tibet mempunyai kaedah-kaedah untuk segera mencapai pencerahan dengan lebih cepat menerusi penggunaan jalan Vajrayana dalam aliran Mahāyāna.
Pencerahan jiwa ditakrifkan sebagai tahap bebas dari halangan-halangan untuk jiwa terbebas sekaligus mencapai makrifat tidak terbatas lagi disebabkan oleh halangan jasad serta jisim. Tatkala seseorang itu dibebaskan dari segala kekaburan mental, dia dianggap sudah mencapai tahap nikmat berterusan bercampur dengan pengalaman kekosongan yang selari dengan nikmat tersebut, fitrah sebenar bagi hakikat. Pada tahap ini, semua had pada kemampuan untuk membantu makhluk bernyawa lain pun hilang. Disebutkan juga bahawa tidak terkira banyaknya makhluk mencapai pencerahan (buddha). Mereka ini semua ini secara spontan, fitrahnya dan berterusan menjalankan kegiatan-kegiatan untuk kebaikan semua makhluk.
Namun, dipercayai juga karma (amalan) seseorang itu boleh mengekang kemampuan makhluk-makhluk berjiwa cerah itu untuk membantunya. Walaupun mereka tidak terhad dari segi kemampuan sendiri untuk membantu makhluk-makhluk lain, makhluk berhati nurani tetap melalui kesengsaraan dan duka nestapa disebabkan oleh tindakan-tindakan buruk mereka sebelum-sebelumnya. Kesannya, wujud keterhadan di sisi mereka sendiri.