Alam-Alam Tinggi
Alam yang paling tinggi sekali dalam Roda Penjelmaan Semula itu adalah alam dewata. Terdapat empat dewata tertinggi yang dua daripadanya iaitu Indra dan Brahma selalu muncul dalam kitab suci agama Buddha. Dewa Indra pula diceritakan sebagai pemerintah di alam tinggi dan digelar sebagai Sang Sakra. Dalam pandangan orang India yang ortodoks, dewa Brahma ini adalah kebijaksanaan yang sebanding dengan dewata dalam agama pagan di barat namun ia tidak mempunyai peranan tersebut dalam ajaran Buddha. Dewa Siva atau Lha-Chen juga memainkan peranan penting dan alamnya itu disebut sebagai Shambala.
Dalam pandangan penganut Buddha, dewata ini dalam kebanyakan bahagian dianggap sebagai bodhisattva yang sudah pun berada di tahap tinggi. Dewata dilayani pula oleh apsara iaitu dayang-dayang cantik dan utusan serta gandharva, biduanda kayangan. Dakini boleh juga dimasukkan dalam kelompok semangat-semangat ini.
Ceritera Hindu juga membezakan antara raksasa, seteru dewata dengan yaksha, semangat alam sekitar yang juga boleh memperdaya makhluk lain. Raksasa biasanya cuba merampas kuasa dari dewata namun kadang-kala perkataan raksasa sering diterjemahkan sebagai setan atau jin dalam bahasa Melayu. Kadangk-kala terdapat kedua-dua makhluk ini tidak dapat dibezakan dengan jelas kerana terdapat banyak lagi golongan yang beranting di bawah kedua-duanya.
Masyarakat Tibet tidak mengira yang menganuti ajaran Buddha atau selainnya mempercayai pelbagai jenis makhluk halus. Perbezaan dibuat antara dewata dan semangat tempatan atau semangat duniawi. Dewata menjadi tumpuan untuk mendapatkan suaka manakala semangat tempatan dianggap sebagai penunggu atau pelindung kawasan namun tidak menjadi tumpuan untuk pencarian suaka. Semangat tempatan ini biasanya diberikan persembahan sebagai balasan kerana bantuan yang diberikan. Dalam ajaran Buddha, adat ini berakar umbi dari:
"... abad ke-9 masihi apabila baginda Trisong Deutsen, raja Tibet menjemput Shantarakshita dari benua India untuk mengajari ajaran Buddha di Tibet. Semangat-semangat tempatan sangatlah tidak mesra dengan agama asing tersebut dan sering menghalangi usaha guru rohaniah dari benua India itu. Shantarakshita kemudian menasihati raja Tibet supaya menjemput Padmasambhava, seorang pengamal tantra dari benua India untuk berurusan dengan makhluk-makhluk halus tersebut. Seterusnya, Padmasambhava yang digelar sebagai Ratna Guru atau Guru Rinpoche oleh penganut Buddha di Tibet tiba di Tibet. Beliau menawan ketua kepada semangat-semangat tersebut. Semangat tersebut kemudian disuruh bersumpah menjadi Dharmapala atau pelindung Dharma. Maka, bermulalah pelindung duniawi memainkan peranan dalam keagamaan bagi penganut ajaran Buddha di Tibet.
Pada suatu hari, Padmasambhava menyeru semua Chatumaharajika, pelindung di empat penjuru alam supaya muncul di hadapan raja dan paduka menteri sekelian supaya masuk ke tubuh seorang pemuda. Pemuda tersebut menjadi medium untuk mengenalpasti semangat manakah yang menimbulkan masalah di negara Tibet. Dewata dalam tubuh pemuda tersebut mengisytiharkan bahawa semangat Thangla yang bertanggungjawab yang membakar Marpori yang kini menjadi tapak Istana Potala dan semangat Yarla Shampo yang menyebabkan banjir melanda Istana Phangthang. Peristiwa ini merupakan peristiwa pertama di mana dewata duniawi diseru masuk ke dalam tubuh badan manusia ..."
Ajaran Buddha menyenaraikan sejumlah lapan penjelmaan kesedaran yang tidak suci. Mereka adalah dalam golongan berikut:
- Dewa atau hla
- Gandharva atau ging, pelayan dan biduanda halus
- Sadag, terdiri daripada jin, raksasa dan penunggu alam atas
- Mara, pencetus halangan yang terdiri daripada klesha (hawa nafsu), yama (kematian), skandha (peperangan) dan rahula atau ganapati yang menimbulkan halangan.
- Tsen, semangat tanah atau bumi
- Raksasa atau nyen, setan atau unsur-unsur
- Yaksha atau mamo, mewakili semangat alam sekitar
- Naga atau lu
Setan
"Dalam tradisi lain, setan dihalau secara zahirnya. Namun, dalam tradisi saya ini setan diterima dengan belas kasihan." - Machik Labdron, pengamal amalan Chod
Bhante Khenpo Karthar, rahib di Karma Triyana Dharmacakra, Woodstock, NY menyatakan bahawa:
"Tiada suatu kejadian pun yang dalam semua keadaan itu adalah halangan. Dalam kehidupan kita ini, kadangkala, situasi ujian itu akan timbul kerana samadhi yang dijalankan. Jika kita kurang pemahaman dan renungan samadhi, maka ujian ini akan menjadi halangan. Walau bagaimanapun, jika kita mempunya renungan diri yang mendalam dan pemahaman yang mencukupi, maka ujian tersebut boleh meningkatkan lagi kesedaran kita. Sebagai kesan dari pengalaman samadhi kita, segala yang timbul itu boleh berubah menerusi renungan samadhi menjadi kesedaran bagi ciri semulajadi bagi setiap bahan sama ada yang niskala, berasingan dan hanya wujud dengan saling berkaitan. Maka kita tidak menolak rupa bagi perkara yang wujud, namun semua perkara ini sebenarnya tidak memegang kebenaran bebas atau kebenaran khayalan. Kesemua ini hanyalah permainan maya sahaja.
Jika seseorang itu memahami dan mengaitkannya dengan cara ini maka segala lakonan yang muncul dalam samadhi itu boleh
If a person understands and relates in this way, whatever drama appears in meditation could be tremendously uplifting. On the other hand, when you are meditating you may get drawn into whatever arises out of your habitual and emotional conditioning. The appearance may just be your psychological patterns, but for you it is a spirit, it is demonic, and it is real. You will probably be afraid and try to defend yourself. That is not the strategy we adopt in the path of meditation, though.
For instance, when Milarepa was in a particular cave and the so called demons appeared, roaring and thundering toward him, Milarepa said, "Your appearance is most wondrous, and your message is the message of my teacher." He worked with it in that way. The demon of your confusion does not cling to you; you cling to it. From that point of view, such an event becomes a kind of special treat and a technique that brings more enrichment than the ordinary process. What is really important is how a person is able to work with what happens, so strictly speaking, these neither are obstacles or are not obstacles." ~ KTD web siteRujukan
- Semangat-Semangat, Khandro, 2018 (Online)