Nama Rujukan Tibet

Orang Tibet merujuk negeri-negeri mereka dengan sebutan Bod. Ia merujuk pada asalnya kepada rantau tengah sekitar kota suci Lhasa. Kota suci Lhasa kini, dirujuk sebagai rantau Ü.

Beberapa sarjana sejarah percaya bahawa rekod awal merujuk kepada Tibet sebagai orang Bautai menerusi karya orang Greek di Mesir berjudul, Periplus of the Erythraean Sea (abad pertama masihi) dan Geographia (Ptolemy; 2 M). Rujukan itu sendiri didakwa berasal dari bahasa Sanskrit berbunyi Bhauṭṭa yang terbit dari tradisi rujukan geografi Hindu.

Rekod China

Eksonim bahasa Cina moden untuk etnik Tibet di rantau mereka adalah Zangqu. Ia mungkin diterbitkan oleh metonim dari rantau Tsang di sekitar Shigatse. Orang Tibet, budaya dan bahasa mereka dirujuk sebagai Zang tanpa mengira dari mana mereka muncul.

Istilah rujukan geografi sering dihadkan untuk Rantau Autonomi Tibet. Istilah Xizang dihasilkan ketika dinasti Qing, zaman maharaja Jiaqing (1796-1820) menerusi tambahan imbuhan 西 xi (barat) kepada 藏 zang. Rekod China zaman pertengahan yang terbaik sekali merujuk Tibet dengan rujukan 吐蕃 Tubo atau 土番 Tufan. Rujukan ini muncul pertama kali dengan bunyi Tufan ketika abad ke-7 M oleh Li Tai dan Tubo pada abad ke-10 M (Buku Lama Dinasti Tang menjelaskan mengenai duta-duta seramai 608-809 dari raja Tibet, Sri Namri Songtsen ke maharaja Yang dari dinasti Sui.

Dalam sebutan bahasa Cina zaman pertengahan, William H. Baxter membina semula bunyi 土番 Tufan itu sebagai 吐蕃 Thu:phion. Rujukan pra-moden lain pula seperti
  • 烏斯國 Wusiguo (Tibet: Buhs).
  • 烏斯藏 Wusizang (Tibet: Buhs-Gzang; Ü-Zang).
  • 圖伯特 Tubote.
  • 唐古忒 Tangute.
Tibetologis dari U.S, Elliot Sperling, membahaskan bahawa penulis-penulis Cina moden sesetengahnya lebih memilih untuk menggunakan istilah Tubote kerana ia merujuk kepada tanah tinggi Tibet secara keseluruhan, dan bukannya setakat Rantau Autonomi Tibet saja.

Rekod Inggeris, Tibet boleh dikesan digunakan sejak abad ke-18 M. Pakar sejarah linguistik umumnya bersetuju bahawa kata Tibet diserap masuk ke bahasa-bahasa Eropah menerusi kata bahasa Semitik seperti bahasa Ibrani dan bahasa Arab. Mereka pula menyerapnya dari bahasa Turki, Töbäd bermaksud, Ketinggian (jamak: Töbän).